22 December 2010

Jilat Kemaluan Isteri Ketika Haid

Di pagi mulia ini aku teringat peristiwa yang diceritakan bapa angkatku sebentar tadi ketika kami berborak. Sampai sekarang, aku masih terbayang ceritanya. Menjijikkan bila seorang alim ulama sanggup melakukan perbuatan jijik kepada isterinya. Ikuti kisah di bawah dan saya pun tidak mahu menulis lebih panjang.

Baru-baru ini isteri beliau ada terbaca dalam satu majalah tentang si isteri yang meminta cerai dari suaminya yang bergelar ustaz. Cukuplah diperkenalkan sang isteri ini sebagai lala dan sang suami pula lulu. Suami wanita malang ini amat beruntung kerana mempunyai suami yang baik, alim, warak dan sifat seperti orang bukan kebanyakan. Si isteri mengucap syukur setiap hari sambil berdoa ke haderat ilahi semoga rumah-tangga yang dibina bersama sang suami akan berkekalan, dilindungi dari sebarang mara bahaya dan dikurniakan anak-anak soleh serta mempunyai sebuah keluarga yang sakinah.

Memang sifat-sifat yang ada pada Ustaz Lulu menyenangkan hati, menyejukkan mata dan rumah-tangga jarang ditimpa masalah. Segala-galanya cukup kerana suaminya boleh dikatakan agak berduit. Jadi tidaklah ada apa-apa masalah kewangan timbul dalam membena kehidupan berumah tangga bagi mereka suami isteri. Saya tidak pasti samada mereka suami isteri dikurniakan anak atau sebaliknya kerana saya tidak bertanya tadi.

Dalam kebaikan dan kewarakan sang suami, cuma satu yang isterinya agak jengkel dan jijik. Nak tahu? Ya, inilah hakikatnya. Apabila isterinya (Lala) datang haid, si suami bersikap pelik yakni suka menjilat-jilat kemaluan isterinya dalam keadaan berdarah. Nah, mengotorkan bukan? Apalah hukumnya si suami memperlakukan si isteri sedemikian rupa? Pastilah haram hukumnya meskipun dia mempunyai sepenuh hak ke atas isterinya itu!

Kalau nak buat macamtu, tunggulah si isteri bersih habis haid dulu ini tidak..... Bukan sekali dua dia memperlakukan isterinya seperti itu, namun sudah sekian lama. Isterinya terpaksa memendam rasa dan menyimpan saja rahsia tanpa diketahui orang lain meskipun batinnya tersiksa kerana kelakuan si suami yang pengotor. Beberapa kali isteri ini menolak namun natijahnya si suami akan melenting, merajuk dan sebagainya. Terpaksalah si isteri menyerah takut diketahui orang.

Kesabaran ada batasan, setelah lama si isteri diperlakukan sedemikian, dia bertekat mengadu ke mahkamah syari'ah untuk memohon cerai. Pada mulanya si isteri keberatan mendedahkan kisah rumah tangganya kepada umum kerana ini merupakan aib. Lagi pun si suami merupakan orang alim! Mungkin pihak mahkamah tak kan percaya aduan mangsa buas suami bertabiat pelik ini. Namun dia pasrah kepada Allah.

Cerita bapa angkatku lagi, setelah aduan dibuat dan kes dibuka, pihak mahkamah mempersoalkan kenapa si isteri mahu meminta cerai dari si suami sedangkan tiada apa yang kurang dalam rumah-tangga mereka berdua. Masyarakat pun memandang hina pada wanita malang ini padahal mereka tidak tahu hal sebenar. Si isteri patut dipuji kerana walau apa terjadi dan apa pun tohmahan yang diterimanya dari masyarakat, dia tetap tabah tidak mencerita kisah sebenarnya meskipun batinnya cukup tersiksa.

Si suami pandai memain peranan, disalahkannya sang isteri dan dituduhnya isterinya jahat, durhaka kerana meminta cerai dan hampir diistiharkan isteri nusyus jika tidak taat padanya semula. Pandai dia main lidah di mahkamah dan masyarakat. Dakwanya, isterinya tidak pandai bersyukur dengan apa yang dimiliki serta jarang taat pada suami. Taat? hmmmm! Aku lempang si suami ini baru tau! Perkara macamtu nak taat macammana woi? sedarkah kau apa yang kau buat tu jijik? jenis apakah kau ni? setan kah sebab sanggup telan darah kotor? dasar bedebah punya suami! Kau gunakan kuasamu sebagai suami untuk ugut isterimu supaya taat padahal Allah menyuruh taat asalkan jangan pada maksiat dan memudharatkan. Emosiku tiba-tiba naik meluap-luap mendengar cerita beliau.

Hakim mahkamah menasihati isteri tadi agar kembali taat pada suami agar dia tidak dilebel isteri nusyus. Isteri sungguh kecewa menerima nasihat dari hakim. Tidak boleh dibiarkan ni, dengan keberatan, si isteri pun terpaksa menceritakan apa berlaku kepada mahkamah agar terlepaslah dia dari penyiksaan dilakukan dari insan bernama suami.

Mendengar cerita isteri tadi, pihak hakim menggeleng-geleng kepala tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Patut pun Lala mengharap benar agar diceraikan. Dia pernah meminta lepaskan oleh suaminya namun dia enggan. Mahu tidak mahu terpaksa Lala pergi mahkamah mengadu nasib menuntut hak. Masyarakat tadi yang beria-ia menyalahkan si isteri pun menyesal atas salah sangka mereka. Dan sekarang, barulah diketahui siapakah orang alim itu sebenarnya. Jijik, sungguh menjijikkan perangai peliknya itu. Mungkinkah itu bukan dia? mungkinkah itu setan, jin atau hantu makanya sanggup menjilat kemaluan isteri dalam keadaan datang haid? hmmm... Terpaksa si suami mencerai isterinya setelah terdedahnya rahsia mereka. Namun si suami memberi alasan suka berbuat begitu dan tidak dapat mengubahnya meskipun dicubanya. Ya Allah teruknya.....

Pengajaran yang kita patut ambil adalah, jangan mudah percaya dengan watak alim seseorang. Alim dan warak di luar belum tentu hatinya baik. Boleh jadi ia ingin menunjuk-nunjuk alim supaya masyarakat menaruh kepercayaan kepada golongan ini. Boleh jadi juga kerana mengejar pangkat makanya mereka bersikap warak. Masyaallah, semoga Engkau melindungi kami dan agama kami dari perlakuan mereka yang boleh merosakkan agama Islam yang syumul dan semoga kita terhindar dari menjadi golongan berpura-pura, amin!

No comments:

Post a Comment